Aplikasi Quizziz


quizizz

Jawab soalan
 Assalamualaikum.  
        Untuk pembelajaran interaktif kali ini saya menggunakan perisian quizizz.Hari ini saya membuat ulangkaji matapelajaran Sirah tahun 4 bersama murid tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan UPKK 2019.Murid tahun 5 dikehendaki membuat ulangkaji matapelajaran tahun 3 sehingga tahun 5.
   Oleh itu murid murid ini akan membuat ulangkaji yang sangant intensif bagi mempersiapkan diri mereka menghadapi peperiksaan UPKK. Sebagaimana yang kita ketahui ada sebahagian murid yang sangat mudah bosan jika menjawab soalan ujian atau latihan di kelas.
          Sehubungan dengan itu kali ini saya menggunakan aplikasi quizizz yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan murid.Quizziz adalah antara pilihan terbaik untuk penilaian semasa kuiz. Mudah untuk di buat, menyeronokkan serta mempunyai pelbagai pilihan tetapan sesuai untuk pelbagai tujuan
Quizizz adalah salah satu aplikasi web 2.0 yang menarik untuk digunapakai dalam pendidikan. Ia dianggap mampu menggantikan cara lama kuiz yang hanya melibatkan kertas dan pen, yang dilihat sebagai membosankan. Quizizz adalah percuma dan tidak memerlukan apa-apa bayaran. Melalui quizizz seseorang dapat mencipta kuiz baharu atau mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna Quizizz. Juga, guru terutamanya boleh memilih sama ada kuiz yang akan dilaksanakan, dibuat secara langsung (live) ataupun sebagai kerja rumah. 

Apabila guru meyertai Quizizz (tanpa mengambil masa yang lama), guru boleh sama ada membuat kuiz sendiri atau memilih kuiz sedia ada yang dirasakan sesuai untuk pelajarnya, kemudian akan diberikan kod akses untuk kelas maya kuiz tersebut
          Guru akan  bertindak sebagai host dan murid boleh menggunakan nama yang mereka gemari.Guru akan menekan butang start game apabila semua murid telah memasukkan code mereka.Guru boleh berkongsi link dengan murid dan guru lain.
          Apabila telah bersedia guru akan menetapkan masa untuk murid menjawab soalan. Masa yang lebih akan diberikan kepada soalan yang sukar. Murid akan mendapat markah dari ketepatan jawapan dan juga kepantasan mereka menjawab soalan. Guru akan mendapat keputusan serta merta tentang murid yang menguasai dan tidak menguasai sesuatu topik. Murid sangat seronok menggunakan quizizz.
            Bagi saya Quizizz membantu saya mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid di dalam sesebuah kelas. Guru akan dapat mengesan murid yang tidak memahami sesuatu topik ketika sesi penerangan ataupun sesi penilaian atau ujian.     
       Yang menariknya tentang Quizizz berbanding Kahoot ialah ianya tidak memerlukan paparan yang berlainan untuk memaparkan soalan.Hanya satu peranti, soalan dan pilhan jawapan akan dipaparkan. Sudah tentu, penggunaan di telefon pintar juga ada dan paparan yang dimuatkan pada skrin juga kelihatan sesuai.
        Kelebihan ini memudahakn untuk warga guru membuat kuiz dan meminta pelajar menjawab bukan sahaja di sekolah, malah di rumah. Ibu bapa juga tidak perlu untuk membuka projektor atau memasang skrin lain untuk menunjukkan soalan untuk anak.

Berbanding Kahoot, analisa keseluruhan pilihan jawapan boleh dipaparkan secara realtime di Quizizz. Ini membolehkan para guru menilai dan melihat dengan lebih jelas soalan apa yang banyak pelajar lakukan kesilapan. Dan soalan mana yang menjadi kekuatan pelajar. Ini memudahkan untuk membuat analisis soalan.
Melalui leaderboard, guru boleh mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya. Kod akses perlu guru berikan kepada pelajar agar mereka dapat log masuk disamping perlu menulis nickname masing-masing (tanpa perlu mendaftar dengan Quizizz). Apabila semua pelajar sudah menyempurnakan semua yang disebutkan tadi maka guru boleh klik butang “start game“.

          Pelajar dapat menjawab kuiz secara sendiri tetapi seolah-olah bermain bersama-sama kerana di dalam Quizizz terdapat elemen-elemen yang menarik seperti penggunaan avatar, leaderboard dan meme yang bersifat lucu. Guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajarnya melalui data yang diperoleh dan melaluinya guru dapat membantu pelajarnya dibahagian yang dirasakan lemah.

Kelebihan Quizizz adalah  :
  • pembelajaran bersifat interaktif dan menarik dengan adanya avatar, leaderboard, tema, muzik dan sebagainya
  • kuiz dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa ambil masa yang lama


§               membolehkan guru menyediakan data dan laporan tahap penguasaan pelajar 
d            
            dengan   terperinci
  •    boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet ataupun telefon pintar


  •    pelajar tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz
  •      kuiz boleh disediakan sendiri dan berkongsi dengan sesiapa sahaja



Disini saya sediakan video pendek bagaimana saya gunakan aplikasi ini.

Semoga semua guru dapat menggunakan tool ini dalam memperbaiki mutu pembelajaran di kelas mahupun di luar.

Semoga dengan aplikasi sepert Quizizz ini dapat membantu guru menjalankan sesi pembelajaran interaktif yang menarik dan dapat memicu minat dan semangat murid mempelajari sains.




Comments

  1. Betul..quizziz ni sangat bermanfaat untuk digunakan semasa pnp..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat. In shaa Allah saya akan guna untuk menarik minat anak2 supaya mereka lebih teruja untuk belajar ilmu baru. Terima kasih banyak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts