Cc

Aplikasi mewarna 3D


Cetak-Mewarna-Bermain



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Anda pernah dengar tentang apps ni tak?

Applikasi Quiver.


Quiver ni merupakan 3D colouring apps.

Ini adalah antara apps yang saya suka gunakan ketika PDP matapelajaran Sains Tahun 1. Terutamanya tajuk yang melibatkan haiwan dan bentuk muka bumi.

Applikasi Quiver ni menyediakan puluhan lembaran mewarna yang comel dan ada juga yang berbentuk educational.Kita boleh print dan minta murid- murid warnakannya.Selesai mewarna murid- murid boleh bermain dengan watak atau gambar dalam lembaran yang mereka warnakan tu.

Saya buat video pendek untuk tunjukkan bagaimana saya gunakan di kelas sains tahun 1

Jom saya cerita sikit caranya bagaimana?

  1.  First, pergi ke halaman http://www.quivervision.com/ untuk       muat turun lembaran yang dikehendaki. Ada banyak pilihan   yang percuma.
  2. Kemudian print lembaran tersebut.
  3. Lepas tu boleh di fotostat & minta murid-murid warnakan   lembaran tersebut.
  4. Download aplikasi Quiver pada telefon bimbit anda.
  5.  Buka aplikasi Quiver pada telefon. Tekan butang rama- rama dan halakan kamera telefon kea rah lembaran yang telah diwarnakan tadi.
  6. Sekarang anda boleh melihat lembaran mewarna tadi berubah menjadi 3D. Ada games disediakan.Ada juga yang hanya ada pergerakan dan aktiviti lain yang boleh dilihat menerusi telefon.
  Mengapa saya menggunakan aplikasi Quiver?

          Sejak lahir seorang anak memiliki lebih dari 100 Milyer sel otak.Sel sel otak saling berhubung dengan sel saraf. Sel- sel otak ini dapat berkembang dengan pesat dengan adanya stimulasi pendengaran dan visualisasi untuk mengoptimakan kerja memori otak dalam menterjemahkan setiap benda yang diperkenalkan kepada anak..Serta mengolah informasi dari benda tersebut dengan menggunakan media pembelajaran yang interaktif yang menggunakan teknologi AR (Augmented Reality) seperti Quiver dan banyak lagi.           Diharapkan ianya dapat meningkatkan kerja memori otak. Pembangunan  media interaktif ini sangat penting untuk meningkatkan motivasi belajar anak-anak.Minat anak- anak terhadap aktiviti digital ini seharusnya dimanfaatkan sebagai potensi untuk meningkatkan motivasi anak melalui media pembelajaran digital.           Salah satu media pembelajaran interaktif yang banyak dikembangkan dan diminati anak-anak adalah dengan menggunakan teknologi AR.

   Apakah kebaikan teknologi AR (Quiver)?

   Kelebihan AR adalah penempilan objek 3D yang seakan akan ada pada lingkungan nyata.Objek boleh bergerak gerak dan melakukan pelbagai aktiviti.Ini dapat menambah tumpuan murid terhadap PDP.

       Bagaimana PDP dijalankan ?

  1. Guru akan bahagikan murid kepada kumpulan- kumpulan kecil.
  2. Setiap ahli kumpulan akan mewarna gambar haiwan yang di cetak dari aplikasi Quiver.
  3. Guru akan pergi ke meja kumpulan yang siap mewarna dahulu.
  4. Murid akan menggunakan telefon bimbit guru dan menghalakan kamera pada gambar haiwan tersebut.Imej 3D akan keluar.
  5. Guru akan bersoal jawab dengan ahli kumpulan tentang pergerakan yang dilakukan oleh haiwan tersebut.
  6.  Kumpulan yang telah siap melakukan aktiviti ini akan disediakan aktiviti lain iaitu menyiapkan lembaran kerja.  
Masaalah yang dihadapi.

Jika tidak dirancang dengan baik sesi PDP akan bermasaalah kerana guru hanya menggunakan sebuah telefon bimbit sahaja.Kumpulan yang belum mendapat giliran mungkin akan membuat bising.Namun dengan perancangan yang baik masaalah ini dapat diatasi. 

Di harapkan dengan adanya media pembelajaran AR (Quiver ) ini diharapkan akan memicu semangat dan minat murid terhadap matapelajaran sains.





Comments

  1. Pengisian yang sangat menarik. Lepas ni boleh la saya gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelas saya. Terima kasih banyak atas info ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts