Assalamualaikum.
Adakah anda rasa Sains adalah subjek yang sukar?
Pernah guna perisian Mikrosoft Power Point untuk menarik minat anak- anak belajar sains?
Fokus Kajian bagi murid-murid yang lemah, Sains merupakan
satu mata pelajaran yang susah serta kurang diminati. Mengikut cara
tradisional, guru-guru hanya mengajar dan memberi ilmu pengetahuan secara
lisan. Bagi sesetengah topik, bahan-bahan sebenar juga agak sukar untuk dibawa
ke kelas. Contonya, topik “Food Chain and Food Web”, agak sukar bagi guru
membawa haiwan sebenar ke dalam kelas sebagai alat bantu mengajar dalam
p
engajaran.
engajaran.
Murid-murid menjadi
bosan akibat mendengar dan melihat pada kandungan buku sepanjang masa. Oleh
demikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah perlu bagi
meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatu
konsep dan seterusnya memupuk minat murid terhadap Sains.
Murid-murid di dalam satu kelas mempunyai kebolehan dan
potensi yang berbeza. Murid yang cerdas dapat belajar dan menyelesaikan latihan
dengan lebih cepat mengikut tahap pemahaman mereka. Murid yang lemah lambat
untuk mempelajari walaupun topik yang senang apatah lagi topik yang sukar. Oleh
itu, tumpuan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
murid lemah dan menarik minat mereka harus dilaksanakan.
Cara saya Menggunakan Perisian Mikrosoft Power Point dalam PDP
Kali ini saya ingin berkongsi kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
Media (PowerPoint). Ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah murid yang
mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.
Kaedah pembelajaran berbantukan Media iaitu PowerPoint dapat
mengatasi masalah guru dalam mengajar murid-murid yang lemah. Menurut Jean
Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul
dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kalat (1999) berpendapat
kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis.
Pembelajaran berbantukan PowerPoint dapat memberi peluang kepada murid belajar
dan memahami konsep Sains mengikut keupayaan diri. Menurut Rashidi (1986),
kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan PowerPoint ini dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang sihat serta
seronok untuk murid. Memandangkan PowerPoint merupakan perisian yang berkualiti
dan penggunaan media ini semakin popular dalam bidang pendidikan.
Kali ini saya menggunakan perisian Power Point untuk membuat
ulangkaji tajuk benda hidup Sains tahun 1.Saya merakam PDP saya bersama murid 1
Al Khawarizmi.PDP kali ini dijalankan di makmal computer.Sesi PDP di makmal
computer adalah saat yang dinantikan oleh murid-murid. Mereka sangat teruja
jika dapat jalankan PDP di makmal komputer.
Screenshot hasil kerja anak anak tahun 1.
Screenshot hasil kerja anak anak tahun 1.
Saya sediakan beberapa slaid Power Point . Murid
dikehendaki menyediakan slaid Power Point mereka sendiri dengan memilih
beberapa maklumat yang betul yang dipaparkan di skrin utama.
Murid bebas memilih design dan layout yang mereka suka. Setelah
siap murid akan memasukkan gambar yang sesuai daripada Google.Mereka bebas
menambah kesan animasi kepada perkataan dan imej yang digunakan.
Berbanding jika menggunakan Mikrosoft Word, Power Point sangat lebih mudah digunakan oleh anak-anak. Gambar gambar yang di copy dari google boleh digerakkan di Power Point tanpa perlu di edit.Ini sangat memudahkan anak- anak.
Penggunaan Power Point juga boleh digunakan oleh guru untuk membentangkan sesuatu tajuk baru. Pelbagai gambar boleh dimasukkan ke dalam slaid.Guru juga boleh memasukkan pelbagai animasi untuk menark minat murid.
Semoga penggunaan aplikasi Power Point ini dapat membantu murid memahami sesuatu topik dengan lebih baik.Semoga ia juga membantu murid untuk mengingati sesuatu fakta dengan lebih mudah dan cepat apabila mereka membuat persembahan mereka sendiri.
Pengisian yang sangat menarik. Lepas ni boleh la saya gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelas saya. Terima kasih banyak atas info ni.
ReplyDelete